Posts

Cadangan Topik blog entri Agrowarrior

Image
Hasil cadangan daripada sahabat-sahabat yang sama berjuang dalam bidang pertanian, terdapat beberapa topik yang kelak akan disentuh dan dihuraikan dalam entri akan datang. InshaAllah. Topik yang secara asasnya merangkumi dunia pertanian di dalam negara mahupun global, perniagaan dalam bidang pertanian, pekerjaan dalam dunia pertanian, hala tuju pertanian negara, mindset pertanian dan banyak lagi. Menarik bukan? Antara topik yang dicadangkan adalah termasuk (saya copy paste sahaja cadangan tersebut); 1. Peluang pekerjaan dalam pertanian 2. Pertanian sebagai satu perniagaan 3. Kejayaan dalam bidang pertanian (Pendapatan hasil bulanan/tahunan) 4. Skop kerja sebenar seorang petani. Bermula dari buruh sehinggalah pemilik ladang, pemilik syarikat dll. Kebanyakan orang memandang ringan pada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian kerana tak nampak gambaran sebenar kerja. 5) halatuju / masa depan / target diang pertanian. 6) teknologi dalam bidang pertanian. 7) kewangan

Manfaatkan Agensi Pertanian Untuk Memulakan Projek Anda

Image
Dalam entri Agrowarrior yang lepas, saya telah menerangkan tentang agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan industri pertanian sama ada secara langsung atau tidak. Mereka memainkan peranan sebagai agen pengembangan, agen penyelidikan dan inovasi, agen pemasaran, agen permodalan dan agen sokongan yang masing-masing sangat penting untuk membangunkan industri pertanian negara.  Dengan sokongan semua pihak ini, seorang petani dapat membangunkan perniagaan dan aktiviti pertanian mereka sehingga tahap global. Maknanya, mereka mampu memperoleh keuntungan perniagaan yang tinggi sehingga mampu menyokong nilai pengeluaran makanan negara.  Saya berikan contoh mudah dengan mengambil situasi seorang penternak baru dalam industri ; Mereka perlu memperoleh latihan yang cukup tentang ilmu penternakan sama ada dengan menghadiri kursus panjang ataupun belajar secara berguru dengan individu-individu yang mempunyai ladang. Bonus jikalau anda adalah lepasan Ijazah Pertanian Sains Ternak

Agensi, Jabatan dan Lembaga Berkaitan Pertanian (Part 1)

Image
Kementerian Pertanian Dan Insutri Asas Tani Malaysia merupakan kementerian yang bertanggungjawab menguruskan dan menyusun dasar ke arah pembangunan sektor pertanian negara. Visi: Peneraju Transformasi Pertanian Misi: - Mentransormasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif. - Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dan dunia. - Pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara.  Pautan laman web: http://www.moa.gov.my 1. Jabatan Pertanian  Visi: Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksp ort.  Misi: Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara. Perkhidmatan teras: Memberi khidmat pengem

Agensi, Jabatan dan Lembaga Berkaitan Pertanian (Part 2)

Image
4.  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Visi: Memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia sentiasa selamat, bebas perosak, penyakit, bahan cemar dan berkualiti untuk dimakan. Misi: MAQIS menjadi Jabatan utama dalam perkhidmatan kuarantin,  pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian Negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan. Pautan Laman Web: http://www.maqis.gov.my 5. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Visi:  Menerajui Penyelidikan dan Inovasi Agromakanan. Misi: Menjana Teknologi dan Pengetahuan Inklusif Untuk Keles

Pertanian Dalam Catatan Sejarah

Image
Sejarah jika dihayati dan dikaji sewajarnya mampu membangkitkan semangat, memberi kesedaran selain memberi ilmu kepada kita. Mengenal sejarah dapat menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur. Jika kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat.  "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa." Surah Al-Maidah -27 Apa yang dipersembahkan oleh Habil dan Qabil kepada Allah swt sehingga wujud korban yang baik dan tidak baik. Menurut riwayat Imam Ibnu Jarir Al-Thabari, apa yang dipersembahkan mereka adalah hasil perta

"Mind blowing" Skop Industri Pertanian

Image
Pertanian bukanlah suatu industri yang kecil dan sempit malah sangat luas dan pelbagai. Jangan sekali disebut bidang pertanian hanya melibatkan bercucuk tanam, menternak lembu kambing dan menjala ikan sahaja. Tidak sama sekali. Terdapat banyak bidang yang boleh dikembangkan melalui pertanian. Luas dan tiada akhir selagi wujudnya inovasi dan pengembangan. Sesungguhnya, inilah tanda kebesaran dan luasnya ilmu Allah swt. Cuma terpulang kepada manusia untuk memanfaatkan ke arah kebaikan dan seterusnya menjadi hamba yang akrab dengan Penciptanya. Maha Suci Allah. Berikut adalah skop yang dapat saya huraikan dan terangkan melalui bidang pertanian; 1. Penternakan : Veterinar, perladangan, susu, bulu, kulit dll. 2. Pengeluaran baja : Organik dan kimia, dll. 3. Hortikultur : Turf, bunga dan pokok hiasan, sayur-sayuran, buah-buahan, pengeluaran benih, nurseri. 4. Ternakan haiwan : Lembu, rusa, unta, kuda, arnab, ayam, itik, angsa, telur, khinzir, burung puyuh, dll. 5. Agrotourism

Mentaliti Masyarakat Terhadap Petani Muda

Image
Halangan yang pertama yang saya hadapi sebagai "Agro-warrior" ataupun sebagai pelajar jurusan pertanian adalah mentaliti orang sekeliling. Ketika itu saya sudah habis Asasi Sains dan mulalah datang soalan-soalan tentang masa depan belajar kita. Antara soalan yang popular adalah; 1. "Nanti nak sambung belajar apa? Layak tak nak jadi Doktor Perubatan?" 2. "Pertanian? Nanti nak kerja apa tu?" 3. "Belajar pandai-pandai takkan nak ambil pertanian sahaja?" 4. "Nanti bolehlah tanam sayur dan bela lembu." Dengan nada yang sinis. Boleh tahan soalan-soalan itu. Kebanyakan soalan adalah daripada saudara mara yang anaknya sebaya dengan saya. Ada juga soalan yang diajukan oleh kawan-kawan sekolah. Ketika itu, boleh tahan malu juga. Tapi jujur katakan bahawa saya kuat kerana sokongan ibu saya. benar saya ingin sambung belajar dalam bidang perubatan. Ketika itu memang nampak kerja yang popular sahaja seperti doktor, peguam, engineer dan akaun